>Alan dan Seorang Gadis di Jalan Manggis*

Posted on Januari 9, 2008

2


>Ini masalah Alan.

Satu hari, sewaktu dia melintas Jalan Manggis dia nampak seorang gadis sedang duduk di perhentian bas, dan dia rasa macam dia terjatuh cinta pada gadis tu. Tapi bila gadis tu berpaling ke arahnya, dia sedar yang gadis tu bukan gadis, tapi seorang pemuda yang amat rock kangkang parasnya, lengkap dengan subang sebelah dan tatu sauh di lengan.

Malang sekali, perasaan cinta Alan tak berpatah balik kembali menyorok dalam sanubarinya, malah ia menjadi semakin meluap-luap hinggakan jantungnya berdegup kencang, lehernya berpeluh, dan mukanya merah-merah.

*cerita bonus dari Kasut Biru Rubina

Posted in: Uncategorized