>Boyot – Satu Terjemahan

Posted on Februari 5, 2008

2


>Satu pencerita gua tak boleh tidak misti baca, satu hari sekurang-kurangnya satu cerita dia. Dia tak terkenal di sini, dan mungkin takkan terkenal di sini sebab dia Yahudi, dan tinggal di Israel. Nama dia Etgar Keret (siapa dia? Google itu kawan anda).

Meski dapat makrifat dari Kafka dan Borges (atau seperti gua panggil dia, Jorge Luis) En Keret menulis kisahnya dalam bahasa yang santai; seperti lu ada sebelah dia minum kopi o dan dia balik dari kerja cerita tentang petualangannya sebagai supervisor kat kilang.

Ini satu cerita dia yang gua suka:

Boyot.
——-

Terkejut? Sudah tentu aku terkejut. Kau keluar dengan awek. Date pertama, date kedua, gi restoren, tengok wayang, selalunya tengahari. Kau mula tidur bersama, seksnya gilababi best, dan tak lama kemudian timbul perasaan. Kemudian satu hari, dia muncul, menangis-nangis, dan kau peluk dia dan kau cakap kat dia relakslah, segalanya ok, dan dia kata dia dah tak tahan lagi, dia ada rahsia, bukan rahsia remeh temeh, tapi sesuatu yang dahsyat, satu sumpahan , sesuatu yang dia mahu beritahu kau tapi dia tak berani. Benda ni, buat dia tersangat mahsygul, dan sekarang dia perlu beritahu kau, dia perlu, tapi dia tahu sebaik saja dia beritahu, kau akan tinggalkan dia, dan memang tepat sekali keputusan tu. Dan kemudian dia sambung menangis lagi.

Aku takkan tinggalkan kau, kau cakap pada dia. Takkan. Aku cintakan kau. Kau buat muka prihatin, tapi sebenarnya tidak. Kau memang kisah, tapi bukan kerana rahsia dia, tapi kerana tangis keluh kesah dia. Kau tahu rahsia yang buat orang perempuan hancur luluh biasanya ada berkaitan dengan perselingkuhan dengan haiwan, atau orang Mormon, atau ada orang membayar untuknya. Aku pelacur, mereka akan selalu kata. Dan kau akan peluk mereka dan kata, tak. Kau bukan pelacur. Dan kalau mereka tak berhenti menangis yang kau boleh kata hanya shhh. Ini sesuatu yang dahsyat, dia kata, mendesak, seperti dia tahu kau buat dekkk je, meski kau cuba sembunyikan ketidaprihatinan kau tu. Di dalam perut kau, mungkin ia rasa dahsyat, kau cakap dengan dia, tapi itu cuma akustik dalam perut. Sebaik saja ia keluar kau akan nampak, ia bukanlah seteruk tu. Dan dia hampir percayakan kau. Dia nampak teragak, dan dia tanya:

Bagaimana kalau aku beritahu kau yang di waktu malam aku berubah menjadi seorang lelaki gemuk berbulu, dengan cincin emas di jari; kau masih akan cintakan aku? Apa lagi yang boleh kau katakan? Yang kau tak cintakan dia?Dia cuma mahu menguji kau, melihat samada kau cintakan dia tanpa sebarang syarat – dan kau memang terer dalam bab ujian. Dan sebaik saja kau kata kau tak kisah, dia cair ditangan kau dan kalian pun main terus di situ, di ruang tamu. Dan selepas tu kalian berbaring berpegangan erat , dan dia menangis kelegaan, dan kau pun menangis juga. Dan tidak seperti biasanya, dia tak bangun dan pergi.

Dia masih baring di situ hinggalah dia tertidur. Kau masih belum tidur, memerhati tubuhnya yang cantik, memerhati matahari terbenam, bulan yang timbul entah dari mana, cahayanya menyinari tubuhnya, mengelus tubuhnya. Dan lima minit kemudian kau sedar yang kau sedang berbaring bersebelahan seorang lelaki – lelaki yang pendek dan gemuk. Dan lelaki ini bangun dan senyum pada kau, dan dengan canggungnya memakai pakaiannya. Dia tinggalkan bilik itu dan kau ikut dia, terpukau. Dia di atas sofa sekarang, bermain dengan remote, mengubah-ubah saluran, dari satu saluran sukan ke saluran sukan lain. Kejuaraan bolasepak. Bila hantaran terlepas, dia menyumpah tv; bila gol dijaringkan dia banguan dan buat tarian kemenangan.

Bersambung

[terjemahan dari Fatso oleh Etgar Keret, dari koleksi cerita The Nimrod Flip Out]

Posted in: Uncategorized