>Tambahan

Posted on Februari 9, 2008

1


>Nenek Lin berjalan satu November tengahari dengan baldi besi di tangan. Di dalam baldi , sijil rasmi dari unit kerjanya.”Di sini kami memperakui Komrad Lin Mei telah bersara dengan hormat dari Kilang Pakaian Bintang Merah Beijing,” kata sijil dalam aksara keemasan berkilat.

Ia tak berkata yang Kilang Pakaian Bintang Merah Beijing telah bankrup atau kerana sudah bersara dengan hormat, Nenek Lin takkan menerima pencennya lagi. Sudah tentu maklumat itu tak disertakan, kerana ia tidak benar. “Bankrup” adalah perkataan yang salah untuk industri yang dimiliki negara. “Pengubahsuaian dalaman” adalah fakta yang tidak dimasukkan di dalam sijil itu. Dan jangan lupa, pencen Nenek Lin ditahan buat sementara waktu. Untuk berapa lama, kilang tidak memiliki maklumat itu.

“Sentiasa ada jalan bila kita ke gunung,” Makcik Wang, jiran Nenek Lin, berkata bila diberitahu tentang situasi Nenek Lin.

“Dan ada Toyota di mana ada jalan.” Baris kedua iklan Toyota tersembul dengan tak sengaja sebelum Nenek Lin menyedari tentangnya.

“Begitulah Nenek Lin. AKu tahu kau optimistik. Terus berfikiran positif dan kau akan temui Toyotamu.”

Tapi di mana atas dunia ini boleh dia menambah simpanannya yang semakin berkurangan? Selama beberapa hari Nenek Lin mencampur, menolak, membahagi dan dia putuskan yang simpanannya akan habis dalam setahun – dua tahun jika dia tinggalkan makan sekali sekala, tidur sebaik selepas matahari terbenam, dan berselimut supaya dia tak perlu terus nyalakan unggun tatkala musim dingin yang panjang di uatara China ini.

“Jangan risau,” Makcik Wang kata di lain kali mereka bertemu di pasar, sambil dia memandang sebiji lobak yang Nenek Lin beli untuk makan malamnya, boyot seperti Buddha, duduknya di antara dua tapak tangannya.”Kau boleh saja cari orang untuk berkahwin.”

“Berkahwin?” Kata Nenek Lin, dan mukanya merah padam.

(Terjemahan dari Seribu Tahun Doa Baik2 oleh Yiyun Li)

Posted in: Uncategorized