>Hati Itulah yang Paling Khianat

Posted on Februari 20, 2008

2


>“Aku tembak seekor badak sumbu,
dengan peluru platinum.”
Hillaire Belloc

Pesan ayah Sherry. Jika rasa tak karuan, bila rasa tak boleh buat keputusan, bila sampai di persimpangan, tanya hati, ke kiri atau ke kanan.

Dari umurnya 5 tahun, itu yang digerudi dalam kepala Sherry oleh ayahnya.

Ketika umurnya 10 tahun, ayah Sherry lari dari rumah tinggalkan dia dengan neneknya (ibunya sudah lama meninggal). Mungkin ayahnya sudah sampai ke persimpangan, dan hatinya pun sudah beri jawapan.

Apapun, yang Sherry ingat tentang si botak bergigi rongak itu, ialah pesannya; Jika rasa tak karuan, bila rasa tak boleh buat keputusan, bila sampai di di persimpangan, tanya hati, ke kiri atau ke kanan.

15 tahun. Itu umur Sherry sekarang. Sherry hari ini seorang gembala. Di bawah jagaannya 15 ekor domba yang gemuk-gemuk. Sherry sudah 3 tahun jadi gembala. Domba yang dijaganya milik orang kampung Bawah Bukit (Kampung Bawah Bukit terletak di bawah sebuah bukit).

Sherry bermuka bujur sireh dan bibir seperti seluang basah. Betis badak sumbu, lengan sebesar traktor.

Sherry bukanlah pujaan pemuda-pemuda kampung. Tapi kalau dia berkemban di tepi sungai, mau berpinar juga mata budak-budak kampung macam Ghazali dan kuncu-kuncunya Mat Jan dan Amir Mukhriz. Mungkin kerana di kampung Bawah Bukit hanya ada tiga orang perempuan; Sherry. Mek Wan (2 tahun). Tengku Mabel Alexandria Christopher bt Samad (wanita kacukan paling tua di dunia, juga lebih dikenali dengan nama Bini Abang Sam).

Pagi tu Sherry, semasa memanjat bukit menggembala domba ternampak kelibat aneh di belukar. Kelibat tu muncul hanya seketika di ekor matanya, tapi ia meninggalkan pokok yang bergoyang lesu.

Kelibat tu buat Sherry terpaku dan berhalusinasi.

Sherry bayangkan seekor serigala yang maha besar, sebesar seekor bota dan berkepala seperti gorgon, menyorok dibelakang pepohon kayu mengintip domba-dombanya dengan nafsu membuak-buak.

Jantung Sherry tersentap, takut akan serigala tu menerkam dan menyambar domba gembalaannya – apa nanti harus dia cakapkan pada orang kampung?

Sherry mula cemas.

Pesan ayah Sherry, jika rasa tak karuan, bila rasa tak boleh buat keputusan, bila di persimpangan tanya pada hati, dan biar hati yang tentukan jalan.

Lalu Sherry bertanya pada hatinya.

“Hati!, apa yang harus aku lakukan?”

Tiada jawapan.

“Hati!” Tanya Sherry sekali lagi.

Masih tiada jawapan,

[Bersambung]

Posted in: Uncategorized