>Rubina komersil vs Rubina Edisi Istimewa

Posted on Mac 6, 2008

4


>

Belilah kedua-dua edisi dan anda (ya, anda!) boleh bermegah dengan jiran dan berkata, walaupun keretaku tak ada tayar, walaupun aku duduk di bawah jambatan di dalam kotak, meski tanganku sebelah steng, walaupun ayahku tiap-tiap hari menuding pada gagak yang selalu berak atas kepala kami dan bertanya,

burung apa?
(gagak)

burung apa?
(gagak)

burung apa?
(gagak)

aku ada ini dan ini (merujuk kepada dua-dua edisi), dan kau cuma ada isteri yang cantik molek, kereta yang besar, dan rumah dua tingkat di kawasan eksklusif.

Siapa lagi best? Hah? Hah?

Posted in: Uncategorized