>Satu Hari Sulaiman Strawberi

Posted on Mac 10, 2008

0


>Nama dia strawberi.

Sulaiman Strawberi. Bukan nama betul dia. Sulaiman dapat jolokan strawberi kerana badannya berbau strawberi.

Kenapa strawberi? Kenapa bukan jagung, atau manggis, atau durian?

Sulaiman sendiri tak tau. Dia sendiri tak pernah bau strawberi pada badannya. Makan strawberi pun tak pernah. Bagi Sulaiman strawberi makanan untuk orang kelas atasan. Yang ada dayang-dayang. Yang bila makan, harus disuapkan oleh tangan lain.

Pedulikan. Yang penting, namanya Strawberi. Sulaiman Stawberi.

Ok?

Jadi satu hari, Sulaiman Strawberi memandu pulang dari masjid, selepas sembahyang Jumaat, dan terlanggar seorang budak sekolah Assunta.

Malang sekali.

Oh, malang sekali.

Khabarnya semua budak sekolah Assunta cantik-cantik belaka. Tapi yang dilanggar Sulaiman Strawberi, tidaklah cantik. Meski tak buat anjing lari bila lihat wajahnya, budak itu tidak cantik.

Ya, Sulaiman Strawberi seorang yang selalu malang. Cuma nasibnya baik kerana malangnya hanya yang kecil-kecilan saja. Tak adalah sampai eksiden sampai kena potong kaki, atau termakan sumpah-sumpah beracun lalu mati, atau tersandung di depan lori minyak. Malang Sulaiman Strawberi kecil-kecilan. Mendapat baki kurang dari jumlah sebenar di kedai stik, misalnya. Atau terbeli bungkus Kopi Power Root yang berisi Teh Tarik. Dan yang baru ni, terlanggar budak Assunta yang tak cantik (dan harus kita tekan, tidaklah huduh terlampau).

[Bersambung]

Posted in: Uncategorized