>Blog Entri # 5

Posted on Mac 18, 2008

9


>Hari ni aku pecah amanah dan gunakan duit untuk terbitkan buku Taf Teh dan D’ untuk melampiaskan serakah nafsu membaca aku (dan dalam elarti tadi aku tulis cerita yang best sangat dalam kepala, tapi bila balik tinggal fragmen-fragmen yang macam cibai je.)

So buku apa yang aku beli hari ni?

1. Haruki Murakami, Blind Willow Sleeping Woman. Aku bukan macam En Ted yang fanatik Murakami (gua jealous lu ada Murakami yang awal-awal), tapi surprisingly aku ada most Murakami yang sudah diterbitkan kecuali After the Quake. Aku kenal Murakami masa Silverfish baru bukak, masa kat Hartamas lagi tu. Masa tu (megah dan angkuh ni) Murakami bukanlah sefemes hari ni, sampai meluat-luat tengok poser-poser yang tak pernah baca sikit pun fiksyen Jepun meraikan Murakami macam kedatangan yang kedua. Sepatutnya aku dah bersumpah tak mau beli Murakami lagi, lepas Kafka on The Shore (yang dibagi N8), tapi apa boleh buat, meski jiwa ini kental, tegang dan keras, dagingnya lemah…

2. Daniel Pennac, The Dictator and The Hammock. Ini sorang lagi penulis yang aku discover masa frenzy of reading tahun 90-an. The Scapegoat, itu judul novel pertama Dan (ya, aku dan dia macam ni punya ketat), yang ceritanya tentang seorang pekerja supermarket yang tugasnya ialah untuk jadi kambing hitam (wft?) untuk pelanggan-pelanggan marah. Buku yang aku baru beli ni pasal sorang diktator yang mengambil pendua (double) menggantikannya, dan kemudian si pendua tu bosan dan takut dengan nasibnya mengambil seorang pendua lagi menggantinya, and so on and so on.

3. Warren Ellis, Crooked Little Vein. Sapa tak kenal Warren Ellis?

4. Scott Pilgrim no 2: Scott Pilgrim vs the World. Ya, inilah watikah pelengkapan koleksi Scott Pilgrim aku. Aku ketawakan Roy dengan penuh dekah-dekah sadis dan ganas.

5. If On A Winter’s Night, A traveller. Ini memang nafsu serakah yang suruh beli sebab ni kali ketiga aku beli buku ni. Yang pertama versi Vintage, sudah didermakan pada orang. Yang kedua, sapa nak cakap cepat, bila aku balik perpustakaan aku nanti akan aku akan kasik percuma. Yang ketiga ni versi kulit keras (kental, tegang) edisi Everyman. Bab penulisan gaya Jepun dalam buku ni ekskuisit.

6. Paul Virilio, Open Sky. Ini buku set Radical Thinkers edisi ke-3. Aku suka Paul Virilio. Tulisannya mudah dibaca. Tapi haram aku tak ingat apa yang dia tulis yang pernah aku baca sebelum ni.

7. Alan Badiou, Being and Event. Buku ni aku tunggu 3 tahun untuk sampai ke Malaysia. Terus sambar bila nampak, dan bila aku balik dan bukak, Masyallah apakejadahnya ada formula matematik dalamnya? Tapi bahagian-bahagian yang tak ada matematik sungguh mengghairahkan. Sungguh! Kalau diletakkan Maya Karin sebelah buku ni, aku akan pilih buku ni. Potong jari tak tipu punya.

Posted in: Uncategorized