>Pembuluh ver 0.1

Posted on Mac 19, 2008

2


>Bab 1

Aku bukak mata dan nampak tikus tu sedang kencing dalam cawan kopiku. Anak haram tu memang bagak, warnanya perang, badannya macam taik berkaki dan matanya yang hitam sepet penuh dengan rahsia tikus. Merengus dengan angkuh, ia melompat dari meja ke lantai, dan bergegeas ke dalam lubang pada dinding di mana ia sudah menghabiskan 3 bulan merancang cara baru untuk pedajal aku. Aku pernah cuba memaku papan pada ruang pada panel wenskot tu, tapi ia menggerogot menembusinya dan meludah cebisan basahnya pada kasut aku. Lepas tu aku letak racun warfain dalam umpan untuknya, tapi racun tu pula sebabkan ia mengalami evolusi dan jadi super-tikus. Sekali tu aku bernasib baik berjaya hentak kepalanya betul-betul kat mata dengan pemegang pistolku, tapi ia bangun kembali dan berak atas telefonku.

Aku paksa diriku bangun sepenuhnya, menyengguk kehadapan kerusi ofisku. Busuk kencing tikus yang melubuk dalam cawan kopiku menikam aku jaga, tapi aku rasa kopi lebih baik untukku. AKu ceraikan punggungku dari kerusi kulit yang berpeluh ni, meronta untuk bangun, dan meredah kebas kaki ke bilik air yang bersebelahan dengan ofis aku. Aku yakin satu hari nanti, ada orang akan menerpa ke dalam ofis aku tanpa diundang dan melihat seorang penyiasat peribadi yang bogel sedang kencing dengan pintu bilik air terbuka. Pernah dulu aku pedulikan semua itu. Tapi aku rasa itu sebelum aku mula tinggal dalam ofisku.

Terjemahan dari Crooked Little Vein, Warren Ellis

Posted in: Uncategorized