>Di Musim Tengkujuh itu, Kenneth, Si Udang Raksasa, Menakluk Tanah Melayu

Posted on Mac 31, 2008

0


>Tentang Kenneth, yang telah menakluk Tanah Melayu tiga ratus tahun dahulu dengan sekutunya Syarikat India Timur, tak banyak yang diketahui.

Menurut fragmen yang memetik surat-surat Munshi Abdullah kepada seorang kawannya, A. Pope yang menetap di England, Kenneth adalah seekor udang raksasa. Namun mengikut sumber-sumber yang kesahihannya masih lagi belum dapat dipastikan, pemerintahan Kenneth hanya bertahan semusim tengkujuh saja. Khabarnya dia telah dijatuhkan oleh kelicikan seorang watak yang hanya dikenali sebagai Mahat Hiro*, yang menggunakan 15 ekor lembu untuk menyerang Kenneth ketika beliau sedang mandi manda (ini juga menjadi asas kepada kisah serangan pada watak fiksyenel JWW Birch, residen British di Perak, di penghujung memoir Maharaja Lela) di sungai berhampiran dengan istana pasang siapnya.

Anehnya, setiap ekor lembu itu juga dikatakan patah sebelah tanduk dan separuh dari mereka terkorban dalam serangan ‘berani mati’ itu. Bangkai Kenneth kemudian dikatakan ditenggelamkan di sebatang sungai yang tak dinamai di Melaka.

*Dari buku Land Surveys in the Far East and Other Strange Happenings, sebuah monograf tentang watak-watak kecil yang mengubah arus sejarah di timur jauh.

Posted in: Uncategorized