>Cerita 10

Posted on September 28, 2008

0


>Semalam, seperti ramai watak dalam cerpen Sufian Abas, Ibrahim dapat epifani. Ia berlaku sejurus selepas dia dengar Penyair Wak Din membaca sajak klisenya tentang hutan batu.

“HUUUUUtaaan BAAAtu.
Ooooorang jadi! hAAAAntu.”

Sajak dua baris ini buat Ibrahim berfikir dalam-dalam. Kalau betul, fikir Ibrahim, kalau betul aku duduk dalam hutan , kenapa aku perlu mandi lagi? Kenapa aku perlu beli barang-barang dari Tesco? Kenapa aku perlu melayan nafsu melalui internet saja?

Lalu Ibrahim buat resolusi.

Ibrahim tak mahu mandi lagi.
Ibrahim akan memburu makanannya. Dan kalau rasanya afdal, dia akan makan buruannya mentah-mentah.
Ibrahim juga berazam tak mahu lagi mengintai Lili dengan webcamnya lagi. Kalau Ibrahim mahukan Lili, Ibrahim akan pecah masuk bilik Lili dan heret Lili masuk ke dalam biliknya.

Itu saja.

Itu resolusi awal Ibrahim.

Ibrahim ada banyak lagi resolusi lepas ni.

Posted in: Uncategorized