>Cerita 11

Posted on September 28, 2008

0


>Di hari kerajaan lama bertukar menjadi kerajaan baru, Hashim bangun awal pagi. Awal sangat. Mungkin jam 6:30. Hashim sembahyang subuh, minum kopi dari renjis peluh peladang Mexico, dan duduk di beranda memikirkan tentang kata-kata Somersat Maugham, yang tiba-tiba muncul dalam mindanya:

“Dalam setiap cukuran ada falsafah”

Matahari di horizon mengenyit-ngenyit di celah-celah rimbun pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Tapi Hashim tak faham bahasa yang dilafazkan.

Posted in: Uncategorized