>Cerita 12

Posted on September 28, 2008

0


>Shikin suka Zack. Tapi Zack tak suka Shikin.

Jadi, satu hari, Shikin letak racun tikus dalam setin Coke, dan berikan coke tu pada Zack. Zack minum, mampus. Mula-mula Shikin rasa macam nak menangis, dan ya, tak boleh dinafikan, setitis dua air mata duyung mengalir membasahi pipi Shikin. Tapi dalam miliseken momen antara air mata di pipi Shikin bergenang dan mengalir ibarat sungai lesu di pipinya, Shikin dapat ilham.

Shikin tahu macamana nak buat Zack sukakan Shikin.

Lalu Shikin pun heret mayat Zack ke tempat pelupusan sampah dan bakar mayat Zack. jadi abu. Kemudian Shikin ambil alih identiti Zack. Shikin pakai pakaian Zack. Shikin duduk di flat Zack. Shikin ambil alih kerja Zack sebagai penjual insurans.

Tak ada siapa syak Zack kini Shikin. Entah kenapa, mungkin kerana tuntutan cerita.

Apapun, selang beberapa bulan lepas Shikin jadi Zack, Shikin/Zack berjumpa dengan seorang gadis bernama Shikin. Mula-mula Shikin/Zack jual insurans saja pada Shikin, sepurnama dua kemudian, hubungan mereka menjadi rapat lalu menjadi mesra (tak mustahil – sila tonton drama Melayu), lalu Shikin dan Shikin Zack sama-sama jatuh cinta.

Kini impian Shikin sudah tercapai.

Shikin suka Zack. Dan Zack pun suka Shikin.

Posted in: Uncategorized