>Cerita 13

Posted on September 28, 2008

0


>Bila semuanya sudah berakhir, dan dia mahu engkau, hei, pergi mampuslah, dan engkau pun kata, pergi jahanamlah, engkau tahu sudah mula ada ruang kosong di situ.

Di situ katil kembar yang engkau gunakan satu sisi saja shower air panas yang tak pernah engkau buka peti sejuk yang kosong gambar-gambar yang tak terselit di cermin keju dan roti mahal di atas meja makan sup lidah pada papan tanda restoren hujung simpang elarti ke kelana jaya sampai KLCC Burger King di lebuhraya ke Sg Buloh.

Di situ stesyen radio yang engkau tak pernah dengar burger rempit di Taman Tun kedai rambut yang tak bernama buku-buku yang bersusun mengikut abjad filem kamera yang sudah masuk angin komputer riba yang patah leher jigsaw puzzle yang separa habis anak kucing yang tak datang-datang lagi.

Posted in: Uncategorized