>Cerita 14

Posted on September 28, 2008

0


>Dekat bilik kedua tandas di Giant ada nombor. Nombor tu letaknya di bawah ‘bontot azman murah 012-4456075’ dan lakaran vagirna (sic) Kumala (hanya khayalan pelukis, atau nyata, kita tak tahu). Nombor tu, kalau kau telefon tiga kali – kali pertama akan ada bunyi nada sibuk, kali kedua mesej khidmat dimatikan, dan kali ketiga akan ada suara macam bapok yang tanya butiran diri si penelefon. Kalau kau beri butiran diri, kau mesti pastikan yang tak tersilap, kerana kalau silap, suara itu akan kata:

“Kedai Tayar dan Alat Ganti Ah Keong” dalam pelat Cina, dan kalau kau jawab kau tak ada masalah tayar atau perlukan alat ganti kereta, esok pagi kau akan bangun dan anu kau akan hilang dan digantikan dengan timun.

Anyway, kalau betul butir yang kau bagi, kau akan hilang lenyap dari dunia, setengah orang kata kau akan hilang ke syurga, setengah orang akan kata kau hilang ke planet yang tak boleh dilihat dengan teleskop, semua tu masih jadi topik perdebatan, tapi yang nyata, kau akan hilang, lenyap, seperti tak pernah wujud di muka bumi ini.

Posted in: Uncategorized