>Cerita 16

Posted on September 28, 2008

0


>Mulanya satu piksel saja mati, dan dia boleh terima, kerana piksel mati tu tak mengganggu keseronokan menonton TV LCD barunya. Tapi selang beberapa hari, piksel mati yang satu tu, mula jadi semakin banyak, bergagas-gagas seperti nyamuk menyerang bayi montel di tengah sawah padi maha luas, dan dia mula risau. Lalu dia telefon teknisian TVnya yang datang lalu berkata, ini bukan kes piksel mati, ini piksel membunuh diri, apa yang awak tonton dengan TV ni?

Beliau (teknisian tu) pulang kerana sudah tiada apa yang boleh dilakukan, dan dia pun pasrah, lalu ke pasaraya berhampiran dan membeli TV LCD yang lebih baru dan lebih canggih, tapi semingu kemudian, piksel-piksel pada TVi tu membentuk sepotong ayat yang buat dia tergamam buat beberapa saat sebelum dia lari dari rumahnya dan tak kembali-kembali.

Posted in: Uncategorized