>Cerita 17

Posted on September 28, 2008

0


>Sejak kecil lagi Lili nak jadi Ninja. Jadi bila umurnya tepat 12 tahun, yakni pada oktober 28, 2006 dia melawat Sarkas dekat kampungnya dengan tujuan menyertai sarkas tu dengan harapan akan dapat keliling dunia dengan harapan akhirnya sampai ke Jepun di mana dia boleh belajar jadi Ninja. Yang pertama Lili nampak bila menjejak sarkas tu ialah seekor gajah muram yang sedang makan sebatang tebu.

Perlahan-lahan. Gajah tu makan. Tebunya.

Lili perhati gajah tu makan tebunya sampai habis. Sampai sepah-sepah di kelilingnya disapu oleh seorang tua berkedut seribu dan bertopi koboi.

Kemudian Lili melangkah ke arah karavan pengurus sarkas. Hari, mendung, dan mungkin akan hujan kerana dari ekor matanya, Lili nampak seorang wanita berjambang sedang berkejaran mengangkat kain di ampaian.

Optimisma Lili waktu tu di kadar 50% saja. Tapi dia masih berazam mahu jadi ninja. Lalu dia pun mengetuk pintu karavan tu. 3 kali. Di antara 3 ketukan itu, Lili dapat tiga ilham.

Ini ilham pertamanya.

Posted in: Uncategorized