>Cerita 17

Posted on September 28, 2008

0


>Petang tadi Latifah dapat Reben Biru. Ia hadiah dari mama. Latifah suka dengan reben biru tu. Kata mama, dia dapat reben biru tu dari lelaki yang tinggal di bawah jambatan. Latifah pernah nampak lelaki tu. Dia ada sebelah kaki dan berjalan melompat-lompat macam hantu pucung. Walaupun lelaki tu nampak menakutkan, Mama kata dia baik. Mama kata lelaki tu orang paling baik di dunia, jadi shhh jangan bagitau papa. Mama selalu jumpa lelaki tu. Selalunya di waktu siang, lepas papa pergi kerja.

Latifah suka reben biru barunya ini. Dia akan bawa dan pakai ke sekolah tadika esok, supaya Maria Ozawa, Nini Iskandar, Eeva Amin dan Harun Din cemburu. Latifah tak suka (dan cemburu) pada budak-budak tu sebab mereka lebih cantik dan lebih kaya dari Latifah. Jadi kali ini mereka akan cemburu pula pada Latifah kerana mama mereka tak kenal dengan lelaki di bawah jambatan tu.

Malam tu, mimpi Latifah indah-indah belaka. Ada biskut. Ada ais krim. Ada baju princess. Dan macam-macam lagi. Malam tu latifah tidur sambil tersenyum.

Posted in: Uncategorized