>Cerita 4

Posted on September 28, 2008

0


>Lola ada teori.Lola banyak teori.

Hujan turun tiba-tiba. Seperti parut di muka yang kau baru sedar wujud semalam. Lalu kau sua kepala kau keluar tingkap dan kau tak fikir tentang Lola.

Oh! si Lola dengan teorinya.

“Kadangkala kau tahu kau patut dapat yang lebih baik. Tapi kau sunyi sangat, dan kau dikejutkan oleh senyuman, dan kau bangun dengan peti sejuk penuh sayur beku, dan bayaran bulan-bulan untuk flat di pinggir bandar yang tak siapa mahu tinggal.

Kau ingat comforter itu cinta.

Kau ingat kitchen cabinet, mesin basuh, shopping di IKEA tu passion.

Ghairah aku dan ghairah kau seperti dua keretapi, berkejaran di landasan yang sama, tapi dimensi yang berbeza.”

Lola. Dan teorinya.

Kepala masih di tingkap, sekali-sekala muka dipercik hujan. Dan kau fikir tentang itik nila, batu berendam dan bintang jatuh.

Tapi bukan Lola.
Bukan Lola dan teorinya.

Dan kau pasang hi-fi dan kau dengar lagu pop dan kau peluk kesunyian yang rencam ini kerana kau tahu dalam kacau selepas hujan, tak ada siapa yang akan senyum pada kau lagi.

Posted in: Uncategorized