>Cerita 6

Posted on September 28, 2008

0


>alam itu, di waktu bulan sembunyi di balik awan, Adik Hilmi, yang tinggal dengan bapanya di Kampung Setinggan di Selangor, dicampakkan ke dalam guni dan diangkat dalam kotak roti di atas kapcai si Bai Roti. Malam itu juga Adik Hilmi disembeleh hingga putus kepala, dan tubuhnya dicampak ke dalam sungai manakala kepalanya ditanam di bawah jambatan yang menyambung Kampung Luah Udang dengan Kampung Atap Rumbia.

Tiga hari kemudian Adik Helmi bangkit. Adik Helmi bangkit, dan yang pertama dia nampak ialah bebola yang berkilau-kilau. Adik Helmi bangkit, dan yang pertama dia dengar ialah lagu ABBA, Dancing Queen.

Adik Hilmi. Rasa macam. Mahu. Ya, Mahu. Adik Hilmi rasa macam, mahu menari.

Posted in: Uncategorized