>Cerita 7

Posted on September 28, 2008

0


>Jenny,

Semalam kau kata kau tak cintakan aku lagi. Aku faham. Aku sangat-sangat faham. Tapi kau perlu tahu yang aku tak bermaksud untuk tidur dengan adikmu. Itu hanya tindakbalas seks yang tak bermakna. Dan kau juga perlu tahu, aku tak pernah bermaksud untuk menyakitkan hatimu. Cuma hari itu, aku terasa dirundung kemurungan yang amat sangat, seperti segalanya dalam dunia ini tak bermakna, dan aku cuma mahu merasa, apa itu menjadi seorang manusia.

Jenny, aku tahu kau mungkin marah, kecewa, dan irihati pada adikmu yang nyata lebih seksi dan menawan darimu. Jangan! Aku pinta jangan! Mungkin rambutmu tak pernah berbasuh, dan lenganmu sebesar lengan Meatloaf (penyanyi bukan makanan), tapi kau tak sepatutnya merasa terhina. Kau ada apa yang dia tak ada. Apa yang kau ada takkan dia miliki. Kau istimewa Jenny. Kau seorang yang istimewa. Kau kupu-kupu, yang dalam kepompong. Satu hari nanti, Jenny, kau akan keluar juga dari kepompong itu.

Percayalah, Jenny. Sejak kita tak lagi bertemu, dan sejak tubuhmu dikambus di dalam tempat sampah tu, aku rasa seperti tak karuan. Hidupku dipenuhi dengan parti-parti liar, gadis-gadis mungil yang menyerah diri dengan rela, serta arak yang mengalir seperti sungai deras. Ya, hidupku sudah tak bermakna lagi. Mungkin ada sisi aku yang menyukai hidup seperti itu, tapi apa gunanya keseronokan tak terhingga ini jika kau tiada lagi di dunia ini?

Jenny, aku begitu rindukan kau. Bibit-bibit misai di atas bibirmu. Tatu sauh di lengan kirimu. Mulus mana pun gadis-gadis yang aku tiduri, tiada seorang pun mempunyai bau hapak istimewa seperti kau – tiada yang punya aroma seperti buah pala basi bila kau berpeluh.

Jenny, aku tahu kau tentu menderita dek seksa kubur. AKu minta maaf. Bukan aku sengaja mahu memukul belakang kepalamu dengan cangkul, itu hanya tindakan refleks dari jiwa haiwan aku yang mahu hentikan leteranmu. Tapi, hakikatnya leteranmu lunak bagiku. Seperti lunaknya suara Pavarotti, dari pita rosak di senjakala dalam stadium tertutup tanpa penonton. Aku seperti boleh terdengar jerit pekikmu diseksa di dalam kubur, kerana itulah aku cuba lalikan telingaku dengan tingkah laku liarku. AKu sedih. Dan kesal.

Sedih dan kesal. Sedih + kesal = sedal?

Mungkin jauh di sudut hatiku, ada suara yang mengatakan yang aku akan lebih ceria tanpa bau mulutmu. Tanpa gigi kuningmu. Tanpa kelemumur yang merambumi. Tapi aku tak percaya. Aku tak percaya.

Jadi, kembalilah Jenny. Kembalilah.

Yang benar,

Stephen yang mencintaimu.

Posted in: Uncategorized