>Cerita no 3

Posted on September 28, 2008

0


>

Manolo tiruan.

Sebelah kiri, bukan kanan. Itu saja kesan yang dia pernah di sini.

Sepasang kasut cetak rompak.

Nenek kebayannya seorang lelaki Cina, singlet putih, pelbagai macam bling2 di leher.

“Ini baik punya. Gerenti tahan sampai pukul dua belas.”

Dia, dia berangan untuk berjumpa dengan seorang putera raja yang kacak. Dan tepat jam sebelas, bila kasut kirinya relai, dia sedar ini bukan cerita pari-pari.

Hidup bahagia selama-lamanya? Oh, oh, itu dua lampu trafik di belakang. Belok kiri. Di depan masjid, di belakangnya mini market.

Macamana dia boleh terlepas?

Posted in: Uncategorized