>Terjemahan dari Lola, Kau Lari Bila Awan Runtuh, Ernesto Laclau

Posted on Januari 8, 2009

0


>Lola suka bila aku ludah dalam mulutnya. Kemudian dia mahu aku tampar dia. Bukan, sekali, tapi sampai merah-merah mukanya. Kemudian? Kemudian aku ambik tali, dan aku ikat dia kemas-kemas. Kemas-kemas sampai berbekas. Kemudian? Kemudian aku nyalakan rokok, dan cucuh puntungnya pada badan Lola.

Lola yang mahu aku buat semua itu. Itu tanda cinta, kata Lola. Cinta yang dikanta pembesarkan dari segala dekaden barat yang sudah klise. Tapi Lola mahu semua itu. Lola mahu barat mencabulnya, supaya dia boleh rasa sejarah timur. Itu kata Lola, dan Lola suka semua itu.

Tapi satu hari, awan runtuh dan Lola lari.

Jadi ini bukan cerita tentang Lola. Ini cerita tentang aku yang mencari Lola. Dan aku bermula di situ, di tempat awan runtuh. Di tempat aku ludah dalam mulutnya dan di tempat aku tampar dia.

Ya, tepat sekali. Ini sebuah cerita tentang cinta.

Posted in: Uncategorized