>Gadisku Dalam Koma

Posted on Januari 24, 2009

3


>Semalam aku jatuh cinta dengan seorang gadis koma, di universiti hospital. Sepanjang hari aku tunggu tepi katil dia, menunggu dia bangun untuk aku lafazkan cinta aku pada dia. Tapi sepanjang hari dia tak bangun. Aku balik rumah, aku beli akhbar petang dan aku cuba lupakan dia sambil makan anggur dan menonton episod terbaru Supernatural.

Dua tahun kemudian gadis dalam koma tu bangun, dan dia cari aku di rumah aku dan dia kata, aku jatuh cinta pada seorang lelaki yang duduk di sebelah katil aku, menunggu aku bangkit dari koma.

Aku kata dia salah orang, dan aku tutup pintu. Aku dengar tapak kaki dia tap-tap-tap berlalu pergi. Aku dengar pincut pagar aku ditutup cermat-cermat.

Aku ada maruah. Aku sudah tunggu sehari. Kapal itu sudah belayar, sayang. Berpada-padalah kalau mahu koma pun.

Posted in: Uncategorized