>Bila lantai jongkat-jongket, kenapa kita rasa terdorong untuk menari juga?

Posted on Februari 8, 2009

1


>

Di hari isteri aku beritahu yang dia hamil, aku tulis sekajang puisi. 
Esok hari kami ke klinik, kalau boleh mahu tengok rupa waris aku – sori, kami – itu. Dalam kereta, di dalam kepala, aku tulis cerita epik dalam terza rima, yang aku rasa begitu perfect, orang yang membacanya akan terus diangkat ke langit.
Perjalanan lima belas minit ke klinik, aku rasa macam dua jam lima belas minit.
Infiniti dalam sebutir pasir, kata William Blake. Ya, akhirnya aku faham William Blake.
Di hospital, isteri di atas katil, doktor yang merenung monitor, menggeleng-geleng. Aku terfikir tentang nama-nama eksotik penyakit yang umpama puisi kehancuran tubuh manusia. Dan aku tanya doktor, doc, apa yang tak kena, sambil berfikir, godammit, sekali lagi alam sandungkan kaki pada aku yang sedang berlari.
Doktor itu berpaling pada aku dan berkata.
Anak awak, kelihatan cukup sifat, dan tiada penyakit.
Ah keajaiban sains moden! Tapi kenapa doc menggeleng aku tanya, apa yang tak kena?
Anak awak, kelihatan cukup sifat, dan tiada penyakit… kalau ia seekor arnab.
* * *
Addendum:
7 bulan kemudian, anak itu pun lahir, dan (syukurlah) ia bukanlah arnab, cuma seorang bayi yang memakai di kepalanya telinga playboy arnab. Yay!
Posted in: Uncategorized