>Dia Buat Hatiku Mahu Pop!

Posted on Februari 17, 2009

0


>

Dia buat hatiku mahu Pop! kata Nurul Asyikin pada bffnya, Alisa. Sia-pa, kata Alisa, memperlahankan lagu Lenka yang sedang dia dengar dan siulkan. Rashidi, kata Nurul Asyikin. Rashidi, kata Alisa. Budak rempit tu? Budak rempit tu buat hati kau mahu Pop? Tak, tak, tak. Kau silap, kata Nurul Asyikin. Rashidi bukan rempit, kata Nurul Asyikin. Habis tu, apa yang kau panggil orang yang di dalam kelas bawahan, bawak kapcai, res malam-malam buta, melepak moles awek, dan prospek sifar dalam kehidupan? 
Misunderstood, kata Nurul Asyikin. 
Nurul Asyikin tak tahu kenapa Alisa sangat tak suka pada Rashidi. Memanglah Rahidi selekeh, kadangkala hamis, dan suka melegakan wanita-wanita tua dari beg tangan mereka, tapi disebalik eksterior itu, ada sesuatu, ada je nais se quoi yang Nurul Ayikin tak boleh terangkan, sesuatu yang buat tiap saatnya, Rashidi jadi seperti kurap eternal di punggung Nurul Asyikin; sesuatu yang tak boleh dilupakan. 
Macam mana aku nak terangkan pada kau, Alisa, tanya Nurul Asyikin. Cuba guna nosyen yang lebih abstrak, kemudian bagi contoh yang mudah, kata Alisa. Ok, kata Nurul Asyikin. Kau tau, bila Husserl kata akal kita, walau dalam posisi pegun, sentiasa diarahkan pada sesuatu, tiada posisi ‘an-sich’, Rashidi adalah apa yang akal aku arahkan. Dia posisi pegun akal aku. Oh, kata Alisa. Sampai teruk macam tu sekali? Nurul Asyikin mengangguk, menggigit bibir, kerana dia rasa dia nampak sungguh kiut bila buat begitu; menggigit bibir, bukan mengangguk.
Tak ada siapa nampak kiut mengangguk.
Posted in: Uncategorized