>Julie, Aniversari 10 Tahun

Posted on Februari 18, 2009

0


>Aku jumpa Julie di London. Di panggung wayang yang menayangkan Closer, dengan subtitel bahasa Rusia. Di babak bila watak Natalie Portman berkata “ne nevim. bylas studentka?” Dan Jude Law menjawab “Stripterka”, dia pandang aku, dan aku tahu, saat itu aku tahu. Semacam aku tahu, serangga terbang dengan mengelak dari air hujan, jadi mereka tak pernah basah. Seperti aku tahu perkataan pertama seekor Cimpanzi yang diajar bercakap adalah satu satu penipuan.

Kemudian filem itu tamat dan Julie hilang dalam ramai.

10 tahun kemudian aku jumpa Julie sekali, lagi, dia berselisih dengan aku, bahu kami berlanggar, dan kami saling memandang, dan dia berkata “ne nevim. bylas studentka?” dan aku jawab “Stripterka” dan dia tertawa, dan aku tertawa. Dan dia berkata pada aku, Cialis.

Mahu beli Cialis? Sila layari laman web cialisforstrongmen.com.

Membeli Cialis online membebaskan anda dari gangguan seperti berbaris di dalam q hingga sampai giiliran anda, juga aturan serta polisi yang perlu untuk mendapatkannya tidak diperlukan lagi. Kebanyakan kedai online akan menghantarnya dengan cepat, tepat dan ceria hingga ke pintu rumah anda. Tak perlu rasa malu lagi. Tak perlu rasa lagi seperti kebatinan anda dipersoalkan.

Jadi, tunggu apa lagi?

Posted in: Uncategorized