>Sembilan tahun, 4 bulan, dua hari, 11 jam, 15 minit, dan oh, dua saat.

Posted on Februari 18, 2009

0


>Selepas bersekedudukan dengan dia sekian lama, satu hari tu dia kata, this is going to be painful. You kenal tak Harry, pilot yang ada aksen Australia yang dibuat-buat tu? Ha, aku kata. Kenapa, dia kemalangan? Fantasi gay dia jadi kenyataan? Piano jatuh atas kepala dia?

Dia pandang aku, sambil tersenyum. Aku kata, tak ada garis-garis pada mata you. Jadi itu senyuman menipu.

The last part kelakar jugak, kan? Aku kata.

Ya, dia kata. I dah kata this is going to be painful.

Tapi, aku kata. You kata I selalu boleh buat you ketawa.

Ya, dia kata. Memang betul. Bola matanya ke kiri, satu miliseken. Sekurang-kurangnya dia tak menipu. Tapi

Harry…

Aku kata, sekurang-kurangnya biarlah aku telefon teksi.

Tak payah, dia kata. Harry…

Aku keluarkan telefon, dan aku telefon teksi.

Dia keluarkan beg, yang sudah kemas ditutup, dan dia heret beg tu perlahan-lahan ke pintu.

Aku tak minta untuk tolong dia.

Aku kata, teksi dah datang. Kebetulan ada teksi dekat sini.

Dia tutup pintu.

Aku tengok dari tingkap apartmen.

Sebuah kereta hitam datang. Honda Accord. Kereta tu berhenti di depan apartmen. Kemudian sebuah teksi datang.

Aku nampak dia melangkah keluar.

Teksi dan Honda Accord tu diletakkan bersebelahan.

Aku harap dia pilih teksi tu.

Posted in: Uncategorized