>2 a.m.

Posted on Mac 7, 2009

1


>

Dia call aku pagi tu. 
Dalam pukul 2 pagi. Dia kata, boleh tak…
Dia kata boleh tak you pergi Burger King kat Jejantas Sungai Buloh dan belikan I [jenama burger].
Tak, aku kata. Tak boleh, aku kata.
Oh, dia kata.
Kenapa, dia kata.
Aku kata dia dah kahwin. Dan ada anak dua. Dan kita, yakni aku dan dia, sudah tak ada.
Oh, dia kata.
Boleh tak , dia kata. Boleh tak kalau you pusingkan masa dan kembali pada waktu kita, yakni aku dan dia masih ada.
Tak boleh, aku kata.
Oh, dia kata.
Kenapa, dia kata.
Sebab mustahil untuk capai kelajuan lebih pantas dari cahaya. Kita tak ada teknologi tu. 
Oh, dia kata.
Kemudian dia letak telefon. 
Aku bangkit dari katil, dan aku hidupkan mesin kopi dan aku buat kopi. Aku buat kopi paling mahal sekali. Kopi paling mahal selalunya paling pahit.
Posted in: Uncategorized