>Cinta, Sebuah Epik

Posted on Mac 7, 2009

2


>

Dalam Bank Al-Taji, kita boleh depositkan cinta untuk kita gunakan di masa akan datang.Tapi masalahnya bagi Seman, selepas dia masukkan deposit hari Sabtu lalu dia tak boleh keluarkannya langsung. Masalah akaun, kata jurubank yang senyum-senyum menyindir tu (subteks: orang seburuk awak tu ada ke cinta?). 
Seman tak puas hati. Esok hari Valentin. Mana mungkin di hari Valentin tak boleh keluarkan cinta! Jadi malam itu dia datang dengan tong penuh minyak petrol dan dia bakar bank Al-Taji. Api menyambar dengan ghairah bank itu, dan Seman yang rasa sangat teruja berjoget-joget di depannya. 
Kalau aku tak boleh keluarkan cinta, kata Seman kuat-kuat, tak ada siapa pun boleh keluarkan cinta. Menjelang tengah malam, yang tinggal hanya debu melayang-layang longlai dan sepi di tiup angin.
Esok paginya tiap ketul coklat di muka bumi ini cair. Tiap kuntum bunga pula layu. Orang yang lalu lalang, berwajah murung dan sepi.
“Oh pari-pari ilham, nyanyikan padaku tentang cinta yang sudah tiada lagi,” dua ratus tahun kemudian, bermula sebuah hikayat epik in medias res.
Posted in: Uncategorized