>Keluarkan wang anak-anak! Ayuh Berjuang!

Posted on Mac 9, 2009

27


>

Keluarkan wangmu anak-anak sekalian dan terbangkannya ke sini kerna ketiga-tiga buku yang kalian tunggu-tunggu sudah mendarat! Dengan harga (Oh! Kau serius mahu bertanya harga, apakah kau sejenis… kapitalis?????) semurah RM28 (atau dibarter dengan seorang gundek, pun boleh), kalian mampu memiliki ketiga-tiga penerbitan baru Oxygen:

[i] Kayangan – Ruhayat X, merangkap penulis skrip Histeria, Gol & Gincu, pencipta Sadiq and Co, dan jalang jantang yang kau cemburui itu.

[ii] Lost in KL – Bernice Chauly, ya, adalah satu bonus bila wanita yang manis boleh menulis, dan dalam bahasa penjajah lagi, ya, maulana, kita memang benar-benar sudah melangkah zaman moden!

[iii] Pasca Manusia – Sufian Abas, ya, figmen imijinasimu yang hidup umpama zombie yang kelaparan!

Jadilah orang pertama di blok anda untuk memiliki ketiga-tiga naskhah di atas dan saksikanlah gadis-gadis, atau teruna-teruna atau kedua-duanya sekali berebut-rebut untuk membawa anda ke prom!

Ya, dunia mungkin sedang dibakar amarah perkauman, dan konspirasi maha tinggi, tapi selagi anda ada ketiga-tiga naskah di atas, persetankannya!

Dapatkan naskhah anda sekarang!

Cara untuk mendapatkan naskhah anda:

Sila masukkan uwang di dalam akaun berikut, dan secara magis, dua, tiga atau empat hari kemudian buku itu akan dihantar oleh seorang jantan ganteng berseragam biru dan bermotor merah:

nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)

Tunggu apa lagi?

Posted in: Uncategorized