>Dialah Perempuan Itu

Posted on April 29, 2009

4


>Pagi tadi aku bangun tidur, dan aku lihat ada ketul-ketul ais mencair di atas katil aku.

Ah! Inilah padahnya bila bawa pulang perempuan yang dingin.

Aku memang lemah dengan perempuan yang dingin. Khususnya yang bercakap Inggeris dengan pelat Peranchis. Yang bila pertama kali melangkah masuk ke dalam rumahku berkata, dia cuma mahu minum kopi saja. kemudian berpaling dan senyum sendiri. Yang membuka jaketnya dan melemparkannya dengan kasual ke atas kucing yang sedang mengiau menunggu makanan.

Ya, lemah.

Dalam aku sedang berfikir sendiri itu, ais-ais yang mencair sudah cair habis. Dan tinggalah sebuah lopak di atas katil saiz singel ini.

Posted in: Uncategorized