>DSC

Posted on Mei 1, 2009

1


>Di antara mata dan pipi perempuan dingin ada parut minut, yang kalau dilihat dari jauh, sukar untuk dikesan. Itu saja cacat di mukanya.

Aku tak pernah tanya, walaupun aku ingin tahu.

Semalam sewaktu dia buka pintu rumahnya, dan sambil aku buka kasut untuk melangkah masuk, aku nampak parut itu sudah hilang. Dan aku tiba-tiba tertanya pada diri, apakah memang wujud parut itu atau hanya khayalan aku saja?

Dan kalau ia hilang kini, dari khayalan aku, apa maksudnya?

Apakah selepas ini dia akan tumbuh sayap dan terbang ke langit?

Ah, perempuan dingin…

Posted in: Uncategorized