>9 MEI 2009: Pelancaran Puisi Poket No 1

Posted on Mei 5, 2009

13


>

(KLIK UNTUK GAMBAR LEBIH BESAR)

Buku Akulah Perempuan Muda itu adalah himpunan puisi seorang perempuan muda, Shaira Amira, yang lahir melalui konsepsi imakulat di sebuah negeri jauh satu waktu dulu. 
Puisi Poket adalah satu usaha untuk mengambalikan puisi kepada yang hak, yakni kau dan aku. Cukup kacip dan comel untuk disumbat di dalam kocek, ia sesuai dibawa dan dibaca di mana-mana; sewaktu menunggu kawwan karib di elarti, sewaktu naik elarti bersama kawan karib dan selepas menyalakan rokok di belukar bawah landasan elarti setelah habis berbincang bahasa tubuh dengan kawan karib.
Puisi Poket 1: Akulah Perempuan Muda itu oleh Shaira Amira diterbitkan oleh Sang Freud Press.
Kod Pakaian: Glamot (Glam Comot)
PERHATIAN: Di acara ini naskhah Akulah Perempuan Muda Itu akan dijual dengan harga potong leherRM10! (Harga jualan kedai RM15)
Mereka yang akan buat persembahan adalah:
i) Mysthicus (dengan lagu hit best giler) Bidadari
ii) Adam Kasturi (Tipulah kalau lu tak bayangkan noir Raymond Chandler bila mendengar-tonton persembahan beliau
iii) Vovin atau lebih dikenali dengan nama sebenarnya Vince (Tak yah tanyalah siapa dia. Kodilah lu kalau tak kenal)
iv) Wani Ardy: Puteri Pasca Pop yang super-santai.
V) Arus 
Vi) Ashraf Ishak
Untuk mereka yang berfesbuk, ini rsvpnya:
Poster Untuk Kedai Buku:
Advertisements
Posted in: Uncategorized