(KLIK UNTUK GAMBAR LEBIH BESAR)
Buku Akulah Perempuan Muda itu adalah himpunan puisi seorang perempuan muda, Shaira Amira, yang lahir melalui konsepsi imakulat di sebuah negeri jauh satu waktu dulu.
Puisi Poket adalah satu usaha untuk mengambalikan puisi kepada yang hak, yakni kau dan aku. Cukup kacip dan comel untuk disumbat di dalam kocek, ia sesuai dibawa dan dibaca di mana-mana; sewaktu menunggu kawwan karib di elarti, sewaktu naik elarti bersama kawan karib dan selepas menyalakan rokok di belukar bawah landasan elarti setelah habis berbincang bahasa tubuh dengan kawan karib.
Puisi Poket 1: Akulah Perempuan Muda itu oleh Shaira Amira diterbitkan oleh Sang Freud Press.
Kod Pakaian: Glamot (Glam Comot)
PERHATIAN: Di acara ini naskhah Akulah Perempuan Muda Itu akan dijual dengan harga potong leherRM10! (Harga jualan kedai RM15)
Mereka yang akan buat persembahan adalah:
i) Mysthicus (dengan lagu hit best giler) Bidadari
ii) Adam Kasturi (Tipulah kalau lu tak bayangkan noir Raymond Chandler bila mendengar-tonton persembahan beliau
iii) Vovin atau lebih dikenali dengan nama sebenarnya Vince (Tak yah tanyalah siapa dia. Kodilah lu kalau tak kenal)
iv) Wani Ardy: Puteri Pasca Pop yang super-santai.
V) Arus
Vi) Ashraf Ishak
Untuk mereka yang berfesbuk, ini rsvpnya:
Poster Untuk Kedai Buku:
Posted in: Uncategorized
Nikotin
April 22, 2009
>auw..ada keles…9 nafsu kembali ada.
Shaira Amira
April 22, 2009
>Berpadanan dengan background. 🙂
hegira
April 22, 2009
>wow!
Sufian
April 22, 2009
>Nikotin: ok.Shaira: :)Alina: Sangat berterima kasih! Salut!
sinaganaga
April 22, 2009
>ok, gua datang
Taf Teh
April 23, 2009
>wow, ada Adam…
ZULKEFLI AHMAD MOHAMED KHAN
April 23, 2009
>pukul 6.40pm apasal lewat sgt acara ni…klu sebelah pagi lagi happening…ptg2 skrg ni hujanlah bro!
Darkk
April 23, 2009
>Kalau Sinaganaga datang, gua segan nak datang la. Ha-ha
dila raden
April 23, 2009
>mysthicus lagi yeah!
Sufian
April 23, 2009
>Naga:Cehhhhhhhhhhhh. Buat performance la dude. Datang je, buat apa, menambak testosteron je…Zulkefli:Kalau buat acara pagi tak ada sapa datang.Darkk:Jangan takut pada Naga. Walaupun misalnya tebal, hatinya bernanah… opps…Dila:Ya, dengar puas-puas sebelum mereka femes.
Youjie
April 23, 2009
>sounds familar lah…Aku rase dah bace Kasut Biru Rubina di Borders..Urm…n i lov’t
Darkk
April 23, 2009
>Abang Sufi, saya dah jumpe Dua Lauk. Celaka. Die letak celah2 buku tebal astronomi.
ZULKEFLI AHMAD MOHAMED KHAN
April 28, 2009
>ada network kat shah alam x…geng2 frinjan yg boleh COD…kan senang begitu.