>Terbaru dari SFP

Posted on Mei 13, 2009

2


>Dua Lauk oleh Taf Teh dan D’ianadi cetakan kedua kini sudah boleh dibeli terus dengan harga RM17 (murah RM3!) termasuk pos. Juga boleh dipow dari Taf ‘Tifani’ Teh, kalau anda jumpa dia. Belilah, kerana dia kepinginkan percutian golf ke Indonesia. Atau anda boleh beli dari kedai-kedai di seluruh Malingsia.

Puisi Poket no 1: Akulah Perempuan Muda Itu oleh Shaira Amira juga boleh dibeli dengan harga RM12 (Termasuk pos). Untuk naskhah bertandatangan sila ke sini. Untuk beli secara fizikal, sila ke Silverfish. Senarai kedai yang menjual APMI akan dikemaskini kemudian.
Kasut Biru Rubina hanya tinggal dalam 20 ketul saja lagi. Cetakan kedua akan menyusul bila bulan mengambang dan serigala jadian muncul.
Sila lihat di bawah untuk keterangan cara membeli.
Puisi Poket no 2 danPuisi Poket no 3  sedang dalam perancangan. 
Sementara itu, jika mahu beli secara fizikal, sila ke Pekan Frinjan 30 Mei di Shah Alam. Di sana juga anda boleh membeli Edisi Istimewa Elarti Pekan Frinjan, buku2 Oxygen, buku2 Indonesia berkualiti, Kacip dan Perempuan Simpanan dari Sindiket Sol-jah, serta bermacam ragam dan langgam buku lagi.
Juga akan ada persembahan puisi dan nyanyi-nyanyi oleh ramai orang (sila lihat poster di bawah)
Posted in: Uncategorized