>2:51

Posted on Mei 26, 2009

1


>Walaupun dia bukan yang tercantik di situ, kau suka cara dia menyelinap di bawah cahaya matahari supaya riaknya nampak nakal.

Kau pandang dia dari jauh, dan kau minum perlahan-lahan. Dia tak pandang kau langsung. Matanya tertumpu pada pasangannya. Tapi seluruh tubuhnya, sedang meneliti setiap perinci kau.

Ini cinta. Ini metafora. Ini metafora tentang cinta.

Dalam dua minit lima puluh saat, kau akan bangun, pergi dari taman itu dan hilang dari pandangan dia. Kau takkan bertemu dia lagi. Dia takkan bertemu kau lagi. Tapi dalam tempoh dua minit lima puluh saat itu juga, ekstasi ini akan kekal selama-lamanya.

Posted in: Uncategorized