>Mari Kita Tubuhkan Kumpulan Gitar Rancak – satu atem menulis blog

Posted on Jun 1, 2009

7


>Naga cakap pada gua. ‘Jom buat band.’

Meor yang sedang sedut rokok pandang Naga dengan sorotan sangat hina.
Gua berhenti dari menilik nasib dari daun teh, dan cakap, ‘band?’
Naga cakap. ‘Gua tengok ramai sangat perempuan main gitar sekarang.’ Gua, Meor dan Naga ada di restoren mamak di Anexxe. Hari Bintang Jatuh: hari 3 orang perempuan main muzik.
‘Kita perlu pecahkan dominasi perempuan main gitar,’ kata Naga, serius.
Gua cukup takut bila Naga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Naga berfikir. Naga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya.
Tapi gua terus layan juga. Meor masa ni dah mungkin koma dan tak dapat diselamatkan lagi (Meor! Melangkah ke arah cahaya itu dengan tenang!). ‘Tapi gua cuma boleh main biola. Kalau biola tu ada satu tali. Dan dimainkan dengan gigi.’ Kata gua. Juga serius.
‘Gua pun tau Am C F G je.’ Kata Naga.
Semua lelaki Melayu tahu kod ni. Sudah ada dalam kod genetik sejak di konsepsikan lagi.
‘Habis tu, kita rupa pun tak ada.’ Gua kata. Memang betul, ini bukan cuba merendah diri. Antara gua dan Naga, masing-masing hancur. Macam Quasimodo dan Frankenstein, cuma gua syak, dalam hati kecil gua, ada satu milimeter, gua lagi kacak. Gua syak, tapi tak pernah suarakan sebab takut Naga kecil hati.
Tapi hakikatnya, antara kami berdua, pakcik Indon yang terhencot-hencot bawa minuman kat restoren mamak tu, adalah umpama Adonis (dewa, bukan si penyair).
‘Kita buat band yang bersandarkan, er, bersandar kat kereta’. Naga kata. ‘Kemudian kita buat Hari Pasca Tahi Bintang Jatuh dan Dinosor Mati* (HPTBJdDM ’09).’
Gua sudah boleh nampak potensinya.
Serius, gua memang boleh nampak potensinya.
Posted in: Uncategorized