>Ah! Ini Rasa Yang Paling Dalam

Posted on Jun 2, 2009

4


>Ah! Kali ini aku betul-betul jatuh cinta dengan bidadari di langit ketiga. Tapi aku tahu cinta ini takkan berakhir dengan baik. Jadi aku cuba jauhkan diri. Aku cuba lari jauh-jauh.

Tapi si bidadari lompat ke langit kedua. Dan dia lontar kerikil-kerikil kecil atas kepalaku. Aku cuba lari jauh lagi, tapi dia lompat ke langit pertama dan dia lontar lagi kerikil-kerikil kecil.

Lalu aku tanya kenapa?

Dia hanya ketawa penuh ambigu.

Dan aku cuba lagi lari dan lari. Dan dia masih melontar kerikil, dari langit ketiga, kedua dan pertama.

Akhirnya aku tarik dia dari langit pertama – habis bertaburan kerikil-kerikil kecil yang mahu dilontarnya – dan aku tanya kenapa?

Katanya, kerana sudah disuratkan kamu akan jatuh cinta kepada aku, sang bidadari. Lalu dia bukakan sayapnya dan dia terbang tinggi-tinggi, menolak langit satu, dua, tiga, empat, lima, enam, dan akhirnya tujuh ketepi hingga terbukanya sang matahari yang membakar aku menjadi abu yang ditiup ke empat penjuru dunia.

Sudah kukatakan ini takkan berakhir dengan baik…

Posted in: Uncategorized