>Teori Matematika

Posted on Jun 6, 2009

2


>…lalu dia kata pada dirinya. Sepuluh. Aku akan kira hingga 10. Dan aku mahu, Tuhan, dia muncul di depanku. Aku tak kira rama-rama di benua mana harus Kau sentuh untuk nyatakan dia di depanku. Aku cuma mahu dia ada di depanku hingga kiraan ke-sepuluh.

Dan dia menarik nafas panjang-panjang.

Dan dia tutup matanya kemas-kemas hingga sebilat cahaya pun tak dapat menembusi.

Dan dia mula mengira.

Satu.

Dua.

Tiga.

Empat.

Lima.

[Apakah itu tapak kasut tumit tinggi yang dia dengar. Kasut yang suka dipakainya Si Sofea? Tapi dia tak membuka matanya lagi]

Enam.

[Apakah itu parfum Si Sofea yang menusuk hidungnya? Tapi dia tak membuka matanya lagi]

Tujuh.

Lapan.

[Ada seperti sesuatu menyentuh pipinya. Kilas saja. Terlalu kilas.Tapi dia tak membuka matanya lagi]

Sembilan.

Sepuluh.

Dia tak mahu membuka matanya. Dia tak perlu membuka matanya. Kerana dia tahu Sofia sudah dijelmakan di hadapan dirinya.

Dia tahu.

Lalu dia gapai garfu yang ada di atas mejanya, teraba-raba sebentar dan…

Posted in: Uncategorized