>Perempuan Kaki Panjang Penggoda (sebuah roman à clef)

Posted on Jun 10, 2009

1


>

Satu hari, perempuan kaki panjang penggoda berjalan di kaki lima, seperti biasa menggoda orang yang lalu lalang dengan kakinya yang panjang.

Wowow, kaki awak sungguh panjang, kata En Amat, peniaga rambutan. Boleh saya minta nombor telefon? Perempuan kaki panjang penggoda, dengan kasualnya mengeluarkan sebilah pisau dan memotong dada En Amat, mengeluarkan hatinya, lalu mengunyahnya lumat-lumat sebelum diludahkan ke dalam longkang.

“Ini En Amat, ini saya sudah jimatkan masa En Amat,” kata perempuan kaki panjang penggoda itu.

En Amat hanya mampu tersenyum pahit. Malam ini pasti dia akan mendengar lagu Spin, Scoin dan Scan sambil berkaraoke bersama.

Orang ramai yang lalu-lalang menggeleng-gelengkan kepala, sambil berbisik sesama sendiri, ‘itulah padahnya cuba bercinta dengan perempuan kaki panjang penggoda’.

Hari itu, hari Isnin, agaknya, dan matahari sudah sumbing. Di latar, Kuala Lumpur sedang terbakar. Cinta dan kasih sayang melata umpama tikus-tikus pembawa wabak infeksi yang menjangkiti semua yang ada. Di flat berhampiran kedengaran lagu Kill-kill-kill oleh The Pierces.

Meow.

Well you could wash my brain
You could tear out my heart
But I would never forget you
(never)
You could change my name
I could make a new start
But I would never forget you
(ever)

And it’s Kill Kill.. Killin’ me
It’s Kill Kill. Killin’ me
That I’m still in love with you

Posted in: Uncategorized