>Musang perempuan yang jatuh cinta dengan bayang-bayangnya.

Posted on Jun 13, 2009

3


>Salam Ukhwah, adik-adik. Sudah dengar cerita tentang seekor musang perempuan yang jatuh cinta dengan bayang-bayangnya?

Di sebuah hutan yang tebal, hidup seekor musang perempuan. Nama musang itu Amy. Itu bukanlah namanya sejak dari lahir, adik-adik, kerana musang selalunya tak bernama.

Secara amnya , musang mengamalkan hidup berpaksikan komunisme yang ekstrim, jadi mereka semua memiliki nama yang sama, yakni musang, untuk menandakan yang setiap ekor musang adalah setara*. Ya, memang keliru bila ada mesyuarat antara musang, tapi kerana mereka haiwan solitari, masalah ini jarang timbul.

Amy berbeza. Musang perempuan ini lebih solitari dari musang lain. Dia tak pernah ke mesyuarat kolektif, dia juga tak pernah mahu berkongsi apa-apa dengan musang lain. Jadi, musang-musang lain telah sebulat suara memencilkan Amy dari kelompok mereka. Which is fine, bagi Amy, kerana dia tak give a fuck pun pada kolektif musang-musang semua**.

Amy mendapat namanya dari dirinya sendiri. Ya, adik-adik, Amy mengangkat individualisma pada tahap paling tinggi dengan memberi nama pada dirinya sendiri. Kisahnya begini, suatu hari, dia terserempak dengan sepasang kekasih yang sedang bertengkar di bawah sebuah pohon rimbun. Nama si lelaki itu Salim, dan nama si perempuan itu Amy.

Si lelaki itu, Salim, menuduh Amy menduakannya dengan tukang kasut di kampung seberang, dan mengugut akan menggantung dirinya di situ juga, kalau Amy tak berjanji pada langit dan matahari yang dia akan meninggalkan tukang kasut itu.

Amy enggan, kerana katanya dia pengamal cinta liberal. Dalam medan cinta, semuanya sama, baginya. Jadi, pegi mampuslah kau Salim dengan ugutanmu. Bukannya kau berani bunuh diripun.

Salim marah lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak Amy. Kemudian dia mengacukan pistol itu pada kepalanya dan menembak kepalanya hingga otaknya terburai.***

Musang perempuan yang kini bernama Amy itu, ketika sedang menyiat-nyiat daging Salim dan Amy menjadi cebis-cebis untuk dijadikan bekal musim dingin nanti, rasa begitu teruja dengan falsafah yang diamalkan oleh Amy, lalu seraya di waktu itu juga menamakan dirinya Amy.

+ + +

Satu hari tu ketika pulang dari memburu, dengan seekor tupai masih di mulut, Amy terlintas sebuah mata air.

Dahaga, Amy berhenti sebentar, meletakkan ke tepi tupai itu (nama tupai itu Selamat), dan melangkah ke arah mata air itu.

Alangkah terkejutnya Amy bila dia melihat di hadapannya seekor musang betina yang begitu cantik parasnya di dalam mata air itu. Amy bukanlah dekaden sangat, kerana dia tahu cinta sejenis itu sesuatu yang grotesk dan kotor dan tidak bertamadun, tapi dia tak boleh tidak terasa jantungnya berdetak ah! ah! ah! bila melihat musang betina itu. ‘Sungguh dia seperti aku!’ Kata Amy. Mulusnya bulunya, anggunnya muncungnya, capangnya telinganya, ah, hati jangan kau jatuh padanya! Jangan!’

Tapi seperti yang kita tahu anak-anak, puak yang kapital dan liberal ini, adalah kuda tunggangan nafsu. Apa sangatlah kekangan moral pada makhluk seperti ini!

Lalu tanpa berlengah-lengah lagi Amy pun terjun ke dalam mata air itu, begitu teruja dirinya mahu melampiaskan nafsunya pada musang cantik di hadapannya itu.

Dan kita pun tahu apa yang terjadi pada Amy selepas itu, kan adik-adik? Ya, kita tahu. Seorang pemburu menembaknya mati sedang di dalam pegun lompatannya, lalu jatuhlah musang perempuan bernama Amy itu dan matilah ia di dalam mata air itu yang sedang memerah oleh darahnya kerana cinta yang sia-sia.

—————

Nota kaki:

* Ya, adik-adik, buanglah nama kalian. Itu perangkap penguasa kapitalis!

** Ini sikap keji, adik-adik. Kerana tanpa kolektif, kita seumpama, monyet-monyet berpeleseran dipandu nafsu serakah.

*** Kan dah cakap. Orang kapitalislah yang mencipta cinta dan liberalisme dan pistol. Ingat adik-adik, kapitalisma hanya akan berakhir dengan air mata dan otak terburai di atas bumi.

Posted in: Uncategorized