>Balada Remy si bul-bul dari Damsyik.

Posted on Jun 17, 2009

0


>Dari atas kubah berkilat itu, Remy, si bul-bul dari Damsyik melihat vista dunia fana ini. Ada sesuatu yang tak kena dengan pandangannya – mungkin kerana sudah tua (6oo tahun), atau jiwanya sudah putus asa.

Remy merentas masa menurut cara tradisional, yakni hari demi hari untuk bertemu dengan bul-bul yang diramalkan akan melengkap kan jiwanya. Kalau mengikut ramlan tok nujum faridudinatar, pada sekian waktu di tahun masihi dan pada jam sekian pada tahun masihi juga bul-bul itu akan lahir, dan selagi bul-bul itu tak lahir Remy tidak akan dapat merasa erti kebahagiaan.

Lalu Remy pun menunggu. Enam ratus tahun. Mungkin tempoh itu inifinitesimal dalam usia alam semesta, tapi bagi makhluk sehalus dan sedhaif Remy, masa itu obor yang dibawa berlari mengelilingi dunia oleh orang yang tersesat akal.

Lalu Remy menunggu. Empayer jatuh. Bintang berinjak sedikit. Manusia yang hamba alam, kini jadi tuannya.

Remy menunggu.

Lalu enam ratus tahun pun berlalu. Ada kelazatan dalam menunggu, fikir Remy di hari yang ditakdirkan itu. Kelazatan yeng memuncak umpama lahar yang menerobos bumi dan batu.

Jadi, dariatas kubah yang berkilat, dihari kakak takdir yang kedua memintal dua benang dan menyimpulkannya, Remy terbang mencari kelodan jiwanya.

Terbang, Remy, terbang.

Apakah dia bertemu dengannya, atau tidak, kita tak tahu, kerana di sinilah noktah cerita ini. Ya, di sini.

Posted in: Uncategorized