>Yang Paling Khianat

Posted on Julai 17, 2009

5


>…sekali tu, dalam perjalanan pulang, aku singgah di sebuah kedai kopi, mengharap untuk membunuh resah yang aku rasa tiap kali aku tinggalkan kau. Seekor lalat singgah di atas tanganku, dan aku kuisnya pergi, tapi ia datang lagi dan lagi, lalu hinggap di tempat yang sama. Kedai kopi itu penuh, tapi ia masih ke situ, masih hinggap di atas tangan aku, seperti mungkin ada nanah yang paling busuk membarah di situ. Lalat itu seakan menifestasi satu dendam, seperti dia tahu apa yang aku rasa pada kau. Lalat itu seperti tahu, bahawa yang paling khianat di dunia ini adalah hati.

Posted in: Uncategorized