>Gangguan

Posted on Julai 23, 2009

0


>… dan dia kata, tiap kali ada gangguan pada radio, hatinya akan bergetar, dan darahnya akan menyirap, lalu dia capai telefon, dan dalam detik antara saat ke saat, sementara nafasnya tersekat, dia akan tutup matanya, dan dia akan bayangkan dirinya Schrödinger yang menyumbatkan kucing ke dalam mikrowav.

Dia kata dia mahu waktu ini pegun di antara ya dan tidak, kerana masih ada kemungkinan yang dia akan terima teks dari aku.

Terima kasih, psycho, aku kata. Terima kasih kerana menipu aku. Dan dia senyum dan dia kembali bercerita tentang bintang-bintang.

Tapi itu dulu.

Posted in: Uncategorized