>Tiga Ekor Rama-Rama Plastik Yang Anak Saudaraku Pakai di Rambut Share

Posted on Julai 23, 2009

2


>Ada tiga ekor di atas meja di ruang tamu. Halus, berwarna warni. Tiap satu sebesar ibu jari. Kau lihat dan kau tentu akan tersenyum.

Satu hari, seekor disambar kucing dan ditelan. Kucing itu lari sembilan tapak, kemudian jatuh bergolek, berbuih mulut dan muntah darah. Rama-rama itu ditanam bersama kucing, di depan rumah di bayangi pokok betik.

Yang kedua disambar vakum.

Yang ketiga, aku nampak, satu hari tu, cuba terbang keluar, tapi tingkap kaca tertutup rapat, lalu dia melanggarnya, dan ia jatuh, kepak patah, terus ke lantai. Aku cuba mahu kutip, tapi ia dah hilang. Yang tinggal hanya cebis-cebis sayapnya yang berwarna warni.

Tiga ekor rama-rama plastik yang anak saudaraku pakai di rambutnya.

Posted in: Uncategorized