>Dia Dingin

Posted on Julai 24, 2009

6


>Sejak akhir-akhir ini dia dingin.

Menyentuhnya macam menyentuh ais. Bila dia berjalan, dia tinggalkan lopaklopak kecil yang menyusuri kakinya.

Dan katanya, bila dia sentuh perkakasan elektrik, semuanya akan terbakar. Lalu rosak.

Kerana itu dia tak telefon aku lagi.
Kerana itu dia tak teks aku lagi.

Katanya dia sudah tak keluar rumah lagi.
katanya dia sudah tak mahu jumpa sesiapa.

Itu yang dia cakap pada aku kali akhir aku jumpa dia.

Tapi.

Hari itu, ketika aku memandu melintas rumahnya, aku ternampak sebuah kereta berhenti, lalu masuk ke pocnya. M- ada dengan aku waktu itu. Tak percaya tanya M-.

Lalu aku berhenti, tak jauh dari situ, dan aku dan M- duduk di dalam kereta menunggu. Menunggu dan melihat apa yang akan terjadi.

Dan dari dalam kereta itu keluar, Ya Allah, kau tahu siapa?

Matahari.
Ya, Matahari.
Ya benda yang menerangi dunia ini.
Ya, yang berada di atas langit melihat segalanya dari kemuncak itu.

Matahari.

Dan waktu itu aku fikir, kalau itulah pilihannya, apa lagi aku boleh buat. Fuck, matahari. Siapa boleh bersaing dengan matahari.

Lalu aku hidupkan kereta dan aku berlalu pergi.

Aku agak dia sudah tak dingin lagi.

Posted in: Uncategorized