>Rekwim untuk Maryam

Posted on Disember 14, 2009

3


>Pagi itu. Waktu kopi masih panas, dan di luar hujan renyai, sepucuk surat. Diselit si posmen yang membayangkan kepalanya dengan tangan, cuba menebak nombor rumah. Kabur kerana hujan, ah biasalah. Aku letak kopi ke sisi, lalu bangun keluar, masih berpelikat, memandang langit dan malangkah perlahan ke pagar.

Aku ambil surat itu.
Aku baca.
Aku letakkannya ke sisi, mengganti cawan kopi.
Aku hirup kopi perlahan-lahan.
Dan aku fikir satu nama.

Maryam.

Dan aku ingat waktu itu. Di depan gereja yang paling tinggi, aku duduk dibangku, membaca buku. Menunggu.

Maryam.

Berlagu, requiem æternam dona eis, Domine, et lux perpetua luceat eis.

Waktu berlalu dan dia keluar, serba hitam. Menoleh kiri-kanan, mencari aku. Dari bangku aku melambai-lambai. Tapi perhatiannya dialih oleh seorang perempuan berambut emas. Dan waktu itu aku fikir, betapa bertuahnya aku.

Posted in: Uncategorized