>Nafasnya bersama angin

Posted on Disember 17, 2009

2


>Dia melagukan hujan, tap tap tap, memerhati daun kering membuai. Di atas ribanya seekor kucing, yang dia usap, tanpa sedar. Kerusi plastik. Oh, belakangnya sakit. Sudah lama sakit?

Lantai masih panas, kesan hangat tadi, yang kini halimunan.

Dia cuba ingat, tapi dalam kepalanya seakan-akan ada semut-semut membawa lari segalanya.

Esok satu hari lagi. Esok satu hari lagi.

Dan dia fikir, dia sudah lama fikir, di galaksi lain, mungkin ada seorang dia lagi, yang duduk di atas kerus plastik melagukan hujan asid. Tap, tap, tap. Kalau mereka bertemu, pasti masing-masing akan mengalihkan pandangan.

Melihat ke lantai yang tadinya hangat. Kini halimunan.

Dia yakin, dan keyakinan ini adalah seekor kucing yang di atas ribanya yang dia usap. Satu hari nanti, kucing itu akan menggigit tangannya.

Posted in: Uncategorized