>Entah

Posted on Januari 8, 2010

1


>Waktu itu aku sedang menulis Novel imaginariku yang ketiga, Kekasihku Seorang Komunis, tentang seorang pemain biola dalam band pasca-moden-punk yang bertemu dengan dan jatuh cinta dengan seorang gadis yang suka memakai beret (tapi tidak diketahui samada dia benar-benar pengikut Karl Marx; itu conceitnya). Aku sudah ke bab lima, di mana satu rahsia yang mengejutkan sudah terbongkar, tapi masih belum difahami sepenuhnya oleh kedua-dua protagonis (hint: ia ada kena mengena dengan S&M).

Waktu itu, ketika sedang giat tidak menulis (ingat, ini novel imaginari) telefon berbunyi. Aku jawab, dan kata penelefon itu (dia seorang perempuan, atau seorang pondan), “Boleh luangkan sepuluh minit-” Aku letak telefon kerana ini kali ketiga perempuan atau pondan itu telefon. Aku agak dia belum tahu yang dia sudah tersesat ke dalam naratif yang salah…

Posted in: Uncategorized