>Crt tk hbs

Posted on Januari 13, 2010

8


>Waktu Din berhenti di tol ketiga dari kiri, dan waktu dia hulurkan kad touch n go serta wang RM50, berlaku sesuatu. Bila dia fikirkan kembali, dia sendiri masih samar. Rm30, katanya, pada penjaga tol itu; jumlah yang dia mahu isikan. Encik, kata gadis tol gate itu. Di belakangnya sudah ada dua tiga buah kereta berbaris. Sebelum saya kembalikan duit Encik ni, dengarlah cerita saya. Satu lagi kereta berhenti di belakang.

Sebenarnya, saya bukanlah seorang gadis tol gate. Saya sebenarnya seekor arnab yang telah disumpah menjadi gadis tol gate oleh seorang ahli sihir. Din cuma mengangguk, entah mendengar entah tidak. Resah mula memanjat ulu hatinya. Pemandu kereta di belakang nampak tak sabar, seperti ini semua salah Din.

Tidak, Din mahu cakap. Tidak, Din mahu menjerit. Ini bukan salah aku! Tapi hakikatnya, kereta dia yang di depan sekali.

Posted in: Uncategorized